‘Skill Editing’ Tahap ‘Legend’ Pelakon Dan Pelawak Kazar FUHH GEMPAK GILER!! korang tengok 7 Gambar di bawah ni..

‘Skill Editing’ Tahap ‘Legend’ Pelakon Dan Pelawak Kazar




SETIAP artis mempunyai karekter dan perwatakan yang berbeza-beza. Hanya rakan-rakan terdekat sahaja mengetahui sifat sebenar seseorang itu.


Kemunculan media sosial dan pelbagai aplikasi untuk membuat editing atau effect ke atas sesuatu foto, menjadikan pelakon senior Kazar yang pernah meletup dengan filem Susuk suatu ketika dahulu di samping aktres Dynaz Mokhtar; memanfaatkan laman Instagram sebagai medium untuk menampilkan sisi lain dirinya.



Laman sosial Instagram yang menggunakan nama @kazar35 menjadi perhatian umum apabila kebanyakan foto yang dimuat naik telah diedit dengan jayanya dan disertakan dengan kapsyen-kapsyen yang mencuit hati.

Kazarudin Saisi, 57; atau lebih dikenali sebagai Kaza itu sememangnya gemar berkongsi foto-foto lucunya di akaun Instagram (IG) miliknya malah ada pihak mendakwa dan menyamakannya dengan Amran Fans sebagai orang yang sama.

Lebih menarik lagi, pelakon dan pelawak serta bapa kepada lima anak ini gemar memuat naik fotonya yang diedit bersama penyanyi antarabangsa Jennifer Lopez atau J.LO sekitar tahun lalu.


Apa yang menarik tentang pelakon ini, laman IG miliknya tidak seperti IG pelakon-pelakon lain yang rata-rata dibanjiri dengan aktiviti harian, iklan produk dan macam-macam kerenah lagi, namun Kazar yang satu ini memang lain dari yang lain.

Lihat sahaja IGnya, satu-satu gambar di’edit‘ dengan artis-artis terkenal antarabangsa. Antara artis-artis antarabangsa yang turut terkena tempias pelakon ini ialah Cristiano Ronaldo, The Rock, JLo, Angelina Jolie dan ramai lagi.




Laman sosial Instagram milik pelakon dan pelawak ini menerima 100 ribu pengikut kerana skill editing yang ditonjolkan itu. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment